Dah lama tak updated this blog. Nak kata banyak kerja tak banyak gak tapi tak de mood nak update blog tak de idea nak tulis apa. Banyak yang berlaku sekitar minggu Shawal nie. Tetapi peristiwa yang paling menyentuh hati adalah kekejaman yang berlaku pada kucing-kucing yang di boarding di Petknode . Saya tak sangka Pet Boarding yang sudah establish seperti itu tergamak membuat perkara yang tidak berperikemanusian semata- mata untuk mengejar keuntungan. Bukan itu saja ada juga pihak yang cuba mengambil keuntungan dengan memungut derma secara tidak sah atas dasar simpati dan melindungi haiwan terbiar.
Makin terbuka minda melihat perkara-perkara sebegini dan selalu mengingatkan diri agar lebih berhati- hati kerana tak semua orang suka dengan kegembiraan dan pencapaian yang kita kecapi.
Mungkin ada yang sedian maklum A & C menerima ahli baru sebelum raya yang lepas tapi malangnya hanya seekor yang survive. Agak terkilan jugak sebab gagal menyelamatkannya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Tetapi ada berita gembira kerana keluarga A & C menerima sepasang kittens lagi. Pada mulanya kittens tersebut hendak diadoptkan tetapi hanya seekor saja yang berjaya menerima keluarga baru disebabkan dah terambil maka tersayang lah pulak nak kasi dengan orang. Lately banyak pula mak2 kitten tinggal anak dekat opis nie. So far dah 3 kali punggut bawa balik..huhuhu.. Kesian dan tak sampai hati tengok mengeow kelaparan..
Alhamdulilah abg2 dapat terima adik mereka dengan mudah dan so far semua sihat dan sangat playful. Happy for them. Insyallah nanti saya akan upload pic2 raya keluarga A & C..hehehehee…
























































